Wednesday, December 24, 2008

Perlawanan Akhir Bola Sepak Piala Emas Raja-Raja 2008 (Kelantan vs Pulau Pinang)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pada post kali ini saya ingin menceritakan mengenai aktiviti saya pada hujung minggu yang lalu.Pada hari sabtu baru baru ini (20 Disember 2008) ,saya pergi ke Stadium Sultan Mohd ke 4 untuk menyaksikan perlawanan akhir Piala Emas Raja Raja yang melibatkan pasukan Kelantan menentang Pulau Pinang.Dalam perlawanan tersebut Kelantan menang dengan membelasah Pulau Pinang 4-0.Saya tidak berminat untuk melaporkan dengan terperinci mengenai perlawanan tersebut kerana anda semua boleh merujuk akhbar utama di Malaysia hehe.Apa yang lebih menarik minat untuk saya perkatakan di dalam blog ini ialah cabaran yang harus ditempuhi oleh saya dan juga adik serta ribuan penyokong pasukan Kelantan yang berhempas pulas untuk menyaksikan perlawanan tersebut.

Cabaran kami bermula seawal dari acara membeli tiket lagi.Pada hari tersebut kami tiba agak lewat iaitu kira kira setengah jam sebelum bermula perlawanan.Dengan langkah yang penuh bersemangat kami menuju ke kaunter tiket namun pemandangan lautan manusia yang memenuhi perkarangan stadium menggusarkan kami.Jumlah mereka yang bersesak sesak dan suasana hingar bingar menyelubungi sekitar kawasan kaunter tiket.Hanya 3 kaunter tiket yang dibuka untuk melayan kehadiran beribu ribu peminat fanatik Kelantan yang berebut rebut untuk membeli tiket perlawanan yang cukup murah sekali,hanya RM5.

Saya rasa tentu anda semua pernah melihat kelompok manusia di bahagian depan sesebuah konsert yang berhimpit himpit untuk menyaksikan penyanyi pujaan mereka kan? Itulah situasi sebenar peminat Kelantan menyerbu kaunter tiket.Saya hanya memerhatikan dari jauh adik saya menyelit nyelit di sebalik ribuan penyokon fanatik Kelantan hanya untuk membeli 2 keping tiket.Akhirnya dipendekkan cerita,kami berjaya mendapatkan tiket tersebut.Dengan langkah gembira ingin menuju masuk ke dalam stadium,kami ketawa memikirkan sudah selesai aksi penat lelah untuk menyaksikan perlawanan itu.

Kusangkakan panas hingga ke petang,rupa rupanya hujan di tengahari.Pintu masuk stadium rupa rupanya lebih sesak berbanding kaunter tiket.Dengan menggunakan kepakaran menyelinap yang dipelajari dari adik saya,kami akhirnya berjaya masuk ke dalam stadium dengan jaya nya.

Tamatlah kisah kesukaran saya untuk memasuki stadium dan sekarang kita beralih kepada berkongsi bahasa kelantan melalui perkataan di bawah.

Tiket = te kek (kek sebutan seperti bunga kekwa)
aktiviti = ki jo e ( e sebutan seperti e kor)
penjaga gol = ki po ( po sebutan seperti poland)
tangkap bola = i gak bola

Seperti biasa,jika ada perkataan bahasa negeri Kelantan yang tiada di dalam post ini tapi anda semua berminat untuk mengetahuinya,sila usulkan di bahagian komen dibawah.
Sekian.

Tuesday, December 16, 2008

Belajar Sebutan Haiwan dalam Bahasa Negeri Kelantan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ketika berjalan jalan di sekitar kampung saya, saya selalu melihat haiwan yang berkeliaran. Tidak kira samaada haiwan peliharaan ataupun haiwan liar.Maka timbul idea untuk berkongsi panggilan nama haiwan bagi orang negeri Kelantan.Tanpa melengahkan masa lagi,saya senaraikan serba sedikit nama haiwan dalam bahasa negeri Kelantan.

Burung = Burghung
Ikan = ike ( ke bunyinya macam ber'ke'lah )
Ayam = Aye
Udang = Ude
Kerbau = Kuba

Tentu anda semua perasan kan bila ada saja perkataan yang mempunyai huruf a,serta merta orang negeri Kelantan akan menyebut sebutan huruf e.Ini merupakan salah satu bunga bahasa orang negeri Kelantan.

Sekian,terima kasih.

Friday, December 12, 2008

Sebutan Nombor dalam Bahasa Negeri Kelantan

Topik yang saya ingin bincangkan bersama anda pada kali ini ialah cara orang negeri Kelantan menyebut nombor.Cara sebutan ini berbeza sekali berbanding bahasa Malaysia kerana ia lebih ringkas dan lebih pantas untuk disebut.Baiklah,untuk tidak melengahkan masa lagi berikut saya senaraikan satu per satu.


Satu = So (sebutan seperti so tong )
Dua = Duo ; duwo
Tiga = Tigo ; tigow
Empat = Pak
Lima = Limo ; limow
Enam = Ne (sebutan seperti ne nek )
Tujuh = Tujoh
Lapan = Lape (sebutan seperti pe tak )
Sembilan = Smi Le (sebutan seperti le pak )
Sepuluh = Spu Loh

Sebelas = Sbe Lah
Dua belas = Duo Blah
Tiga Belas = Tigo Blah

Dua Puluh = Duo Puloh
Dua Puluh Satu = Duo Puloh Satu
Dua Puluh Dua = Duo Puloh Duo

Begitulah seterusnya ia diulang-ulang.Bagaimana anda rasa? Senang bukan.
Kalau anda rasa yang anda masih kurang berpuashati dengan "article" ini dan memerlukan penjelasan lanjut mengenai sebutan nombor dalam loghat Kelantan,mudah saja.Usulkan pertanyaaan anda di bahagian komen.Semoga kita sama-sama dapat berkongsi ilmu bahasa negeri Kelantan.

Sekian dan terima kasih kerana sudi membaca tulisan saya.

Thursday, December 4, 2008

Sebutan Hari Dalam Bahasa Kelantan Berbanding Bahasa Melayu.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat pembaca blog semua.

Sebenarnya tidak banyak beza bagi sebutan hari dalam Bahasa Kelantan berbanding Bahasa Melayu.Jika orang Kelantan menyebut hari Ahad hingga hari Sabtu sama sahaja sebutannya dan dengan mudah dapat difahami oleh orang Melayu.Perbezaannya amat sedikit sekali maka tanpa banyak soal,saya senaraikan sebutannya sekarang.

ahad = ahak
isnin = isning
selasa = selaso (bunyi seperti "so"tong)
rabu = rghabu
khamis = khomih
jumaat = jumaak
sabtu = saktu

Begitulah sebutan hari dalam Bahasa Kelantan yang terbukti tidak ada jauh beza dengan Bahasa Melayu.Pendek kata jikalau anda tidak memahami langsung Bahasa Kelantan namun anda secara automatik akan dapat memahami sebutan hari dalam Bahasa kelantan walaupun tanpa membaca artikel blog Bahasa Kelantan ini.

Sekian,terima kasih kerana melayari blog ini.

Sunday, November 30, 2008

Sebutan Nombor Wang Dalam Bahasa Kelantan

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Sebelum ini saya ada sampaikan maklumat mengenai sebutan nombor dalam bahasa Kelantan,namun sebutan ini boleh berubah apabila orang Kelantan memperkatakan mengenai wang.Perbezaan nya tidak begitu ketara namun merupakan sesuatu yang penting untuk diketahui.Tanpa melengahkan masa,saya akan beritahu sebutan orang Kelantan apabila berbicara mengenai wang.

Lima puluh sen = samah
Satu ringgit = Serghiya
Satu ringgit lima puluh sen = tigo amah
Dua ringgit = Pak amah? Salah ,he he saya hanya bergurau.
Dua ringgit = Duo rial Baru betul

Hanya itu sahaja perbezaannya,untuk nilai yang lain sebutannya adalah sama seperti sebutan nombor seperti yang telah dibincangkan sebelum ini.Orang Kelantan menyebut wang sebagai "pitih".Berikut disediakan contoh ayat yang berkaitan dengan tajuk yang kita bincangkan ini.

"Rosley,pinje pitih tigo amah, nok wak belli surak koba"kata Roslan
"Rosley,pinjam duit satu ringgit lima puluh sen,nak beli surat khabar"kata Roslan

Sekian dan terima kasih kerana membaca.

Friday, November 28, 2008

Mari Belajar Bahasa Negeri Kelantan

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Bahasa Kelantan seperti yang mungkin anda semua telah tahu ialah bahasa percakapan bagi salah sebuah negeri di Malaysia iaitu Kelantan yang lebih dikenali sebagai loghat Kelantan.Bahasa Kelantan ini tidaklah terlalu susah untuk difahami TETAPI untuk seseorang menyebut sesuatu perkataan dalam bahasa Kelantan memerlukan amalan yang berterusan.

Saya mewujudkan blog ini bertujuan untuk memberi maklumat mengenai bahasa orang Kelantan kepada siapa lagi kalau bukan anda,pembaca blog ini.Saya tidak menjamin yang anda semua akan dapat menyebut perkataan dalam loghat negeri Kelantan dengan hanya membaca blog ini tetapi sekurang-kurangnya anda semua akan lebih memahami serba sedikit loghat ini andaikata anda melawat negeri Kelantan.

Seperti biasa,sebagai insan kita tidaklah sempurna tambahan pula saya masih "fresh newbie" dalam arena blog ini.Kita boleh saling melengkapi dengan anda semua boleh memberi sebarang cadangan,komen atau kutukan rasa tidak puas hati anda tentang blog ini melalui butang "comment" di bawah.Semoga dengan adanya nasihat membina,blog ini mampu untuk memanfaatkan kita semua.

Dengan ini blog belajar bahasa negeri Kelantan bermula.
Terima kasih kerana sudi membaca tulisan saya ini.