Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Pada post kali ini saya ingin menceritakan mengenai aktiviti saya pada hujung minggu yang lalu.Pada hari sabtu baru baru ini (20 Disember 2008) ,saya pergi ke Stadium Sultan Mohd ke 4 untuk menyaksikan perlawanan akhir Piala Emas Raja Raja yang melibatkan pasukan Kelantan menentang Pulau Pinang.Dalam perlawanan tersebut Kelantan menang dengan membelasah Pulau Pinang 4-0.Saya tidak berminat untuk melaporkan dengan terperinci mengenai perlawanan tersebut kerana anda semua boleh merujuk akhbar utama di Malaysia hehe.Apa yang lebih menarik minat untuk saya perkatakan di dalam blog ini ialah cabaran yang harus ditempuhi oleh saya dan juga adik serta ribuan penyokong pasukan Kelantan yang berhempas pulas untuk menyaksikan perlawanan tersebut.
Cabaran kami bermula seawal dari acara membeli tiket lagi.Pada hari tersebut kami tiba agak lewat iaitu kira kira setengah jam sebelum bermula perlawanan.Dengan langkah yang penuh bersemangat kami menuju ke kaunter tiket namun pemandangan lautan manusia yang memenuhi perkarangan stadium menggusarkan kami.Jumlah mereka yang bersesak sesak dan suasana hingar bingar menyelubungi sekitar kawasan kaunter tiket.Hanya 3 kaunter tiket yang dibuka untuk melayan kehadiran beribu ribu peminat fanatik Kelantan yang berebut rebut untuk membeli tiket perlawanan yang cukup murah sekali,hanya RM5.
Saya rasa tentu anda semua pernah melihat kelompok manusia di bahagian depan sesebuah konsert yang berhimpit himpit untuk menyaksikan penyanyi pujaan mereka kan? Itulah situasi sebenar peminat Kelantan menyerbu kaunter tiket.Saya hanya memerhatikan dari jauh adik saya menyelit nyelit di sebalik ribuan penyokon fanatik Kelantan hanya untuk membeli 2 keping tiket.Akhirnya dipendekkan cerita,kami berjaya mendapatkan tiket tersebut.Dengan langkah gembira ingin menuju masuk ke dalam stadium,kami ketawa memikirkan sudah selesai aksi penat lelah untuk menyaksikan perlawanan itu.
Kusangkakan panas hingga ke petang,rupa rupanya hujan di tengahari.Pintu masuk stadium rupa rupanya lebih sesak berbanding kaunter tiket.Dengan menggunakan kepakaran menyelinap yang dipelajari dari adik saya,kami akhirnya berjaya masuk ke dalam stadium dengan jaya nya.
Tamatlah kisah kesukaran saya untuk memasuki stadium dan sekarang kita beralih kepada berkongsi bahasa kelantan melalui perkataan di bawah.
Tiket = te kek (kek sebutan seperti bunga kekwa)
aktiviti = ki jo e ( e sebutan seperti e kor)
penjaga gol = ki po ( po sebutan seperti poland)
tangkap bola = i gak bola
Seperti biasa,jika ada perkataan bahasa negeri Kelantan yang tiada di dalam post ini tapi anda semua berminat untuk mengetahuinya,sila usulkan di bahagian komen dibawah.
Sekian.
Wednesday, December 24, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment